Apple Memfailkan Paten Yang Membolehkan Find My iPhone Berfungsi Walaupun Peranti Dimatikan

Apple Memfailkan Paten Yang Membolehkan Find My iPhone Berfungsi Walaupun Peranti Dimatikan

Diterbitkan pada November 5, 2016 oleh .

Peranti dicuri ialah antara mimpi buruk yang boleh dialami pemilik. Selepas dicuri pemilik hanya boleh bergantung kepada sistem mencari peranti hilang terbina untuk menangkap si pencuri. Kelemahan sistem Find My iPhone yang digunakan pada peranti iPhone ialah ia tidak akan berfungsi sekiranya peranti dimatikan. Apple nampaknya mempunyai perancangan untuk memperbaiki kelemahan ini.

Find My iPhoneMereka sudah mempatenkan sistem baru yang akan sentiasa memberikan lokasi peranti walaupun ia telah dimatikan. Dengan adanya sistem ini pencuri tidak akan dapat melarikan peranti dengan mudah sejurus selepas ia dicuri. Kami ada mendengar cerita peranti dikesan di Indonesia tiga hari selepas ia dicuri di Kuala Lumpur. Sistem pengesanan Find My iPhone yang sentiasa aktif ini diharap dapat memudahkan proses mencari si tangan panjang di masa hadapan.

Seperti biasa paten yang difailkan tidak semestinya menjadi produk sebenar. Tetapi kami berharap ia akan dizahirkan dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN