Cari @ Amanz

Diablo menyambut ulang tahunnya yang ke-20 tahun ini. Permainan isometri pengembaraan bilik kurungan bawah tanah ini sudah mencapai tahap legenda di dalam dunia permainan komputer. Di BlizzCon yang sedang berlangsung, Blizzard mengesahkan Diablo asal akan dihasilkan semula di dalam Diablo III di dalam bentuk patch percuma The Darkening of Tristram Januari hadapan.

Kesemua 16 segmen asal Diablo I akan dapat dimainkan semula bagi mereka yang ingin bernostalgia. Pada waktu yang sama penuras khas akan disediakan bagi memberikan grafik yang kelihatan seperti PC dua puluh tahun yang lalu. Disamping itu pergerakan watak dihadkan kepada 8 arah sahaja bagi menjadikannya sehampir mungkin kepada permainan asal. Apa yang dilakukan oleh Diablo ini harus dipuji. Kebanyakan pembangun kini menghasilkan versi remastered yang perlu dibeli tetapi Blizzard memberi secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd