Carian
Rekaan Dan Spesifikasi Lenovo Moto M Tertiris – Diperkasakan Pemproses Helio P15
November 5, 2016 Effi Saharudin

Selepas lama menyepi, Lenovo Moto kembali semula ke Malaysia dengan pelancaran Moto Z dan Z Play. Kedua-dua peranti dengan rekaan modular ini dijual pada harga yang sedikit mahal. Bagi mereka yang mungkin mahukan peranti Moto yang lebih mampu milik anda mungkin boleh menanti kemunculan Moto M. Rekaan dan spesifikasi peranti ini tertiris sepenuhnya semalam.

lenovo-moto-m-1

Moto M mempunyai skrin 5.5″ HD penuh, diperkasakan pemproses MediaTek Helio P15, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama sebesar 16-Megapixel dengan PDAF sementara kamera selfie pula sebesar 8-Megapixel. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 3050 mAh.

Peranti juga mempunyai kemampuan kalis percikan air. Tetapi sedikit mengecewakan ia masih menggunakan Android Marshmallow. Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam tanpa sebarang fungsi modular. Harga jualan dijangka sekitar RMB 1999 (~RM 1250) sebuah.

Komen