Cari @ Amanz

Pada bulan April yang lepas, Mark Zuckerberg telah menubuhkan sebuah pasukan khusus dalam Facebook yang memfokuskan kepada pembangunan produk yang membawa misi Facebook dalam menghubungkan seluruh dunia. Pasukan khusus ini dinamakan sebagai Building 8, dan ketika itu, ia memfokuskan kepada arena realiti-maya, kecerdasan pintar, dan pelbagai perkara lain.

Kini, melalui pengamatan pihak CNet, ia dilihat pihak Facebook sedang mengumpulkan beberapa pakar dari pelbagai arena – tetapi pada masa yang sama memfokuskan mereka yang mempunyai kepakaran dalam arena Android dan peranti mudah-alih. Facebook juga turut dilihat telah mendapatkan beberapa pakar yang sebelum ini bertugas dibawah Project Ara – iaitu salah satu projek memfokuskan pembangunan peranti modular daripada Google, yang dilihat seperti telah ditamatkan.

Walaupun begitu, terdapat juga kemungkinan yang mana ia turut mungkin memfokuskan pembangunan produk lain, dan tidak semestinya sebuah telefon pintar.

HTC First

Sebelum ini sendiri, Facebook telah bekerjasama dengan pengeluar lain untuk hadir dengan telefon memfokuskan Facebook, tetapi peranti berkenaan gagal menarik perhatian ramai.

Facebook sendiri akhir-akhir ini membuat lebih pelaburan dalam arena mudah-alih – memandangkan kini pengguna lebih memfokuskan kepada penggunaan peranti mudah-alih dengan lebih aktif berbanding dengan desktop atau komputer riba.

Apa pun yang Facebook sedang bangunkan melalui Building 8 ini semestinya akan menjadi fokus ramai, dan sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd