Carian
Microsoft Akan Menamatkan Perkhidmatan Photosynth Pada Februari 2017
November 7, 2016 Aman

PhotosynthPhotosynth merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Microsoft, membolehkan para pengguna untuk mengabungkan beberapa gambar rakaman mereka dan menghasilkan gambar panorama 360-darjah. Ia telah diperkenalkan sekitar 2006 yang lepas, dan kini ia diumumkan akan ditamatkan.

Microsoft mengatakan mereka sering melihat dan menilai penggunaan produk dan perkhidmatan mereka, dan membuat perubahan dari segi pelaburan berdasarkan kepadanya. Ia secara tidak langsung memberikan idea seperti Photosynth tidak begitu digunakan ramai pengguna.

Microsoft mengatakan perkhidmatan berkenaan akan ditamatkan pada 6 Februari 2017 kelak. Sementara itu, pengguna masih boleh memuat-turun pelbagai data dan gambar yang dikongsikan pada laman berkenaan. Selepas tarikh berkenaan, Microsoft akan memadam semua data pada laman berkenaan.

Komen