Carian
Aplikasi Smart Postman POS Malaysia Dilancarkan Bagi Menaikkan Taraf Kehidupan Penduduk Luar Bandar
November 7, 2016 Effi Saharudin

Dunia semakin berubah dan kerja yang dilakukan setiap individu juga perlu berubah mengikut peredaran zaman. Dahulunya tugas seorang posmen adalah menghantar surat kepada pengguna. Kini tugas mereka  di Pos Malaysia turut memerlukan mereka menjadi mata dan telinga komuniti dengan pelancaran aplikasi Smart Postman.

smart-postman-pos-malaysia-1Aplikasi ini membolehkan mereka membuat laporan tentang kerosakan jalan raya, banjir, kesesakan jalan raya, pembuangan sampah secara haram dan kewujudan warga OKU di kawasan tugasan mereka. Buat mas ini penggunaan Smart Postman akan diuji di Lundu Sarawak melibatkan 13 orang posmen. Dengan laporan yang diterima, taraf kehidupan penduduk luar banda dapat dipertingkatkan. Tiada lagi alasan mereka untuk terus terpinggir jika dibandingkan dengan penduduk kawasan bandar.

Peranti pintar dengan pautan internet memang boleh mengubah dunia. Ini mungkin antara sebab mengapa PBB mengatakan akses kepada internet kini adalah antara hak asasi manusia. Sekurang-kurangnya Di Lundu Sarawak ia akan terbukti benar.

Komen