Uncourage – Rantai Kunci Untuk Penyesuai Bicu Audio iPhone 7 Dihasilkan

Uncourage – Rantai Kunci Untuk Penyesuai Bicu Audio iPhone 7 Dihasilkan

Diterbitkan pada November 7, 2016 oleh .

Sudah tiga minggu kami menggunakan iPhone 7 dan kehilangan bicu audio masih lagi dirasai. Sistem audio kenderaan yang dipandu tidak menyokong tambatan Bluetooth dan kami terpaksa membawa penyesuai Lightning ke bicu audio 3.5 mm setiap hari. Kami resah ia hilang kerana harga jualan penyesuai gantian Apple adalah sedikit mahal.

rantai-kunci-uncourage-1

Oleh itu rantai kunci Uncrourage, dengan tempat simpanan penyesuai terbina ini amat kami perlukan. Hanya sambungkan penyesuai Apple kepada kepala 3.5mm Uncourage dan ia mudah dibawa kemana-mana. Harga jualan hanya $6 (~RM 19) sebuah dan jauh lebih murah berbanding kos membeli penyesuai tambahan rasmi Apple yang dijual pada harga RM 49 sebuah.


TIPS & ULASAN