Tinja Manusia Kini Diubah Menjadi Bahan Api Bio Bagi Menghasilkan Petrol

Tinja Manusia Kini Diubah Menjadi Bahan Api Bio Bagi Menghasilkan Petrol

Diterbitkan pada November 7, 2016 oleh .

Menggunakan sisa tinja sebagai bahan api bio mesra alam bukanlah idea baru. Di United Kingdom sudah wujud bas yang menggunakan metana yang terhasil dari sisa kumbahan manusia sebagai bahan api. Tetapi keperluan untuk petrol dan diesel lebih tinggi kerana memberikan lebih banyak kuasa berbanding metana apabila digunakan di dalam enjin. Pacific Northwest National Laboratory (PNNL) di Amerika Syarikat berjaya menghasilkan bahan api bio dari tinja manusia.

Melalui proses HydroThermal Liquefaction (HTL), sisa manusia yang kini terbuang diubah menjadi seakan minyak mentah. Ia menjalani proses dimana ia dipanaskan sehingga 349 darjah Celsius pada 204 tekanan atmosfera. Tinja manusia ini kemudian mengalami proses menjadi minyak mentah dalam masa beberapa minit dan bukannya berjuta tahun seperti proses penghasilan minyak mentah semula jadi.

Menurut PNNL, 30 Juta tong dram bahan api bio ini dapat dihasilkan dari 128 Billion liter sisa kumbahan yang dihasilkan setiap hari di Amerika Syarikat. Ia kemudian diproses serpeti minyak mentah biasa untuk menghasilkan petrol, diesel dan bahan api jet. Setiap individu boleh menghasilkan 11 liter bahan api bio setahun. Ini bukan jumlah yang besar tetapi lebih baik dari hanya dibuang ke dalam tangki septik di rumah.

PPNL sedang membina loji memproses tinja ini di Utah dan dijangka memulakan operasi seawal 2018. Di masa hadapan mungkin ada perniagaan mengepam tangki septik sedia ada dan dijual semula kepada syarikat petroleum. Mungkin anda sudah boleh mula menyimpan stock tinja yang pastinya akan bernilai mulai hari ini.


TIPS & ULASAN