Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Pilihan Warna “Coral Blue” Kini Di Malaysia

Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Pilihan Warna “Coral Blue” Kini Di Malaysia

Diterbitkan pada November 7, 2016 oleh .

Samsung nampaknya telah mula menawarkan Galaxy S7 Edge dengan pilihan warna “Coral Blue” untuk pasaran Malaysia, dan ia ditawarkan pada harga yang sama seperti harga jualan Galaxy S7 Edge lain, iaitu RM3099.

Untuk makluman, warna “Coral Blue” ini pertama kalinya telah diperkenalkan pada Galaxy Note 7. Setelah peranti berkenaan tidak lagi ditawarkan di pasaran, kini warna “Coral Blue” nampaknya diteruskan dibawah siri Galaxy S7 Edge.

Galaxy S7 Edge

Galaxy S7 Edge merupakan peranti bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1440p Super AMOLED, cip pemprosesan Exynos 8890, memori sehingga 4GB RAM, 32GBstoran, dan dilengkapi kamera belakang 12-megapixel. Melengkapkan peranti ini adalah bateri berkapasiti 3600mAh, dan turut hadir dengan sokongan kalis air.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Galaxy S7 Edge dengan pilihan warna baru ini daripada para pengedar Samsung tempatan.


TIPS & ULASAN