Cari @ Amanz

Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech) merupakan salah astu agensi yang memfokuskan kepada mengalakkan penggunaan kenderaan elektrik dan mesra alam di Malaysia. Mereka telah pun membawa masuk kenderaan elektrik popular, Tesla, dan sekitar 100 unit Tesla akan mula berada di jalan raya bermula minggu ini.

Bercakap mengenai kenderaan elektrik secara am, Malaysian Green Technology Corporation menyasarkan lebih kurang 100,000 kenderaan elektrik di Malaysia menjelang tahun 2020 kelak.

Untuk menjayakan perkara berkenaan, beberapa perkara telah mula dibangunkan – termasuk dari segi ekosistem dalam memudahkan pengecasan kenderaan. Ia dikatakan terdapat sekitar 110 stesen pengecasan kenderaan elektrik pada hari ini, dan Petronas dijangka menambah legi 150 stesen pada tahun ini.

Disamping itu, GreenTech juga memberikan saranan kepada pihak Proton supaya menghasilkan kenderaan elektrik sendiri – dan mungkin boleh menggunakan jenama Lotus memandangkan ia boleh dipasarkan dengan lebih mudah untuk pasaran global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd