Cari @ Amanz

WhatsApp telah menguji fungsi penghantaran GIF pada aplikasi beta mereka sejak beberapa minggu lepas, dan kini akhirnya mereka telah memperkenalkan fungsi berkenaan secara rasmi untuk pengguna iPhone terlebih dahulu.

Kini, pengguna boleh menghantar GIF dan menerimanya melalui WhatsApp, selain turut membuat carian menggunakan Giphy untuk menghantar GIF yang diinginkan.

WhatsApp GIF

Pihak WhatsApp juga turut menawarkan sokongan menghantar gambar Live Photos yang dirakamkan melalui iPhone sebagai GIF di WhatsApp. Pengguna juga boleh membuat penyuntingan video dan menghantar ia sebagai GIF melalui aplikasi WhatsApp.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp di iPhone, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan menikmati ciri baru yang dibawakan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd