Carian
YouTube Menambah Sokongan Penstriman Dalam Bentuk HDR
November 8, 2016 Aman

YouTube sedia menyokong penstriman video pada resolusi 4K sebelum ini, dan hari ini, Google secara rasminya mengumumkan sokongan penstriman HDR (High Dynamic Range) melalui YouTube. Dengan integrasi ini, ia akan memaparkan video dengan lebih jelas, termasuk paparan warna yang lebih cantik.

Walaubagaimanapun, untuk mengambil kelebihan paparan ini, pengguna hendaklah menggunakan panel paparan – sama ada televisyen atau monitor yang menyokong HDR.

Bersama-sama dengan pengumuman ini juga, Google bersama-sama beberapa rakan kerjasama turut menerbitkan sejumlah kandungan HDR untuk dinikmati oleh pengguna.

Bagi anda yang menggunakan panel paparan biasa, masih dapat menikmati kandungan video seperti biasa – tetapi mungkin anda tidak dapat melihat perubahan dari segi paparan dan kejelasan gambar berkenaan.

Pengenalan sokongan penstriman HDR ini pada YouTube juga dijangka akan mengalakkan lagi banyak kandungan video HDR hadir daripada pengguna dan penerbit seluruh dunia.

Komen