CTO Disney International Emmanuel Frenehard Menyertai iFlix

CTO Disney International Emmanuel Frenehard Menyertai iFlix

Diterbitkan pada November 8, 2016 oleh .

Dunia penstriman video kini semakin hangat. Secara peribadi kami lebih banyak menonton kandungan video di atas talian dari televisyen di ruang tamu. Ramai meramalkan televisyen tradisional akan pupus dan digantikan dengan perkhidmatan penstriman seperti Netflix, iFlix dan YouTube. iFlix semalam mengumumkan pelantikan Emmanuel Frenehard sebagai CTO mereka berkuatkuasa Januari 2017.

iflix-emmanuel-frenehard

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Naib Presiden Kanan dan CTO untuk Disney International. Beliau mempunyai pengalaman selama 20 tahun dan terbabit dalam pelancaran perkhidmatan DisneyLife. Buat masa ini perkhidmatan iFlix ditawarkan di Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Sri Lanka dan Brunei dengan perancangan untuk mengembangkan lagi perkhidmatan di pasaran negara membangun.


TIPS & ULASAN