(Ura-Ura) iPhone 7 Bakal Hadir Dengan Pilihan Warna Jet White

(Ura-Ura) iPhone 7 Bakal Hadir Dengan Pilihan Warna Jet White

Diterbitkan pada November 8, 2016 oleh .

Warna Jet Black untuk iPhone 7 dan 7 Plus menerima sambutan luar biasa dari pengguna sehingga berlaku kekurangan stok di seluruh dunia. Di Malaysia warna ini masih belum ditawarkan semula sejak peranti mula dijual bulan lalu. Kini kedengaran ura-ura baru Apple akan menawarkan pilihan warna ke enam untuk iPhone 7.

apple-iphone-7-jet-white

Pilihan warna yang diberikan ialah Jet White pula. Warna putih sepenuhnya sudah lama tidak ditawarkan Apple sedangkan merekalah yang memulakan trend peranti berwarna putih hampir sedekad yang lalu. Ura-ura pilihan warna ini dilaporkan oleh Macotakara yang sebelum ini melaporkan ura-ura pilihan warna Jet Black dan ketiadaan bicu audio untuk iPhone 7 dengan tepat. Adakah yang berminat dengan warna baru ini?


TIPS & ULASAN