Peratusan Penggunaan Android Nougat Baru Mencecah 0.3%

Peratusan Penggunaan Android Nougat Baru Mencecah 0.3%

Diterbitkan pada November 8, 2016 oleh .

November hadir dengan hujan dan angka terkini peratusan penggunaan versi Android. Selepas dua bulan dilancarkan penggunaan Android Nougat masih di tahap rendah iaitu hanya 0.3%. Ini hanya peningkatan sebanyak 0.2% berbanding bulan September. Sistem operasi Android paling popular pula kini berubah ke Kit Kat dengan 25.2% diikuti oleh Lollipop (24.1%) dan Marshmallow (24%)

peratusan-android-november-2016

Kadar penggunaan versi terkini ini adalah amat perlahan. Sebagai perbandingan penggunaan iOS 10 pada peranti Apple kini melangkaui 60% dalam masa sebulan. Kelembapan pengeluar untuk memberikan kemas kini adalah penyebab peratusan yang rendah ini. Samsung contohnya hanya dijangka memberi kemas kini Nougat kepada Galaxy S7 pada bulan Disember. Apakah versi Android yang anda gunakan sekarang?


TIPS & ULASAN