Cari @ Amanz

Kemas kini ke MIUI 8 baru sahaja diterima peranti tertentu sejak sebulan yang lalu. Ia membawakan beberapa perubahan seperti tema warna baru serta antaramuka yang lebih kemas. Sungguhpun masih banyak peranti masih belum menerima kemas kini MIUI 8 , Xiaomi telahpun memulakan pembangunan untuk MIUI 9.

miui-9-xiaomiPembangunan diumumkan semalam dengan gambar yang dimuat naik ke akaun media sosial mereka. Mereka belum berkongsi apakah yang bakal diperkenalkan di dalamĀ  versi ini. Sebagai pengguna peranti Xiaomi kami berharap fungsi Google Now On Tap akan diaktifkan pada peranti Xiaomi dengan Marshmallow. Fungsi penting ini masih tidak disokong pada peranti baru mereka dan adalah sedikit mengecewakan. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Apakah fungsi yang perlu disertakan di dalam MIUI9.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd