Rekaan Microsoft Lumia 750 Yang Dibatalkan Tertiris
Artikel Berkaitan

Rekaan Microsoft Lumia 750 Yang Dibatalkan Tertiris

Diterbitkan pada November 8, 2016 oleh .

Sistem operasi Windows 10 Mobile mungkin tidak mempunyai ramai pengguna jika dibandingkan dengan Android dan iOS. Tetapi dari pengamatan kami terdapat banyak peminat sistem operasi alternatif Microsoft ini di kalangan pembaca Amanz. Oleh itu berita ini mungkin akan menarik minat anda. Rekaan Microsoft Lumia 750 yang dibatalkan ditiriskan oleh @evleaks.

lumia-750

Peranti sepatutnya hadir tahun lalu dan dilengkapi skrin 5.0″ HD, pemproses Snapdragon 410, RAM sebesar 1 Gigabyte dan storan 8 Gigabyte. Kamera utama sebesar 8-Megapixel dan kamera selfie pula 5-Megapixel. Spesifikasi ini meletakkannya sebagai sebuah peranti kelas permulaan. Pengeluarannya dibatalkan kerana Microsoft mahu merangka semula strategi sistem operasi peranti mudah alih mereka. Diharap Suface Phone kelak akan akhirnya mampu merealisasikan visi peranti mudah alih berkuasa yang diimpikan Microsoft.


TIPS & ULASAN