Penghujung Oktober lalu Twitter mengumumkan perkhidmatan laman perkongsian video Vine akan dihentikan dalam masa terdekat. Pengumuman mengejutkan ini menerima banyak reaksi negatif kerana kepopularannya di kalang pengguna muda. Keputusan penutupan diambil bagi mengurangkan kos operasi Twitter. Kos operasi bulanan Vine dikatakan mencecah $10 Juta (~RM 42 Juta).
Twitter kini dilaporkan dalam perbincangan dengan lima bakal pembeli yang ingin mengambil alih Vine. Ini diharap dapat mengelakkan laman dari menghentikan operasi. Tawaran pembelian mula diterima mereka sejurus selepas pengumuman penghentian operasi dilakukan. Antara syarikat yang menawar untuk membeli Vine ialah laman dewasa Pornhub. Pihak Twitter tidak mendedahkan nama lima syarikat yang sedang berbincang dengan mereka serta tawaran yang diberikan.