Xiaomi Menawarkan Redmi Note 3 Pada Harga RM499 Pada Hujung Minggu Ini

Xiaomi Menawarkan Redmi Note 3 Pada Harga RM499 Pada Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada November 8, 2016 oleh .

Xiaomi ialah pengeluar yang membuktikan anda tidak perlu berbelanja besar untuk memiliki peranti pintar. Kesemua peranti mereka dijual pada harga yang lebih murah berbanding pengeluar lain. Bagi yang ingin melakukan lebih banyak penjimatan, mereka akan menawarkan Redmi Note 3 dengan storan 16 Gigabyte pada harga promosi dari 11 sehingga 13 November hadapan.

xiaomi-lazada-promo-1

Ia akan ditawarkan pada harga RM 499 sempena promosi khas bersama Lazada. Ini merupakan pengurangan dari harga biasa RM 699. Pada waktu yang sama mereka memberikan sebuah Mi Power Bank 10000 mAh percuma dengan setiap pembelian Mi Max.

Baca Ulasan peranti Xiaomi Redmi Note 3


TIPS & ULASAN