Xiaomi Mi Power Bank Memasuki Pasaran Malaysia Pada Harga RM 149

Xiaomi Mi Power Bank Memasuki Pasaran Malaysia Pada Harga RM 149

Diterbitkan pada November 8, 2016 oleh .

Mi Power Bank Pro dilancarkan oleh Xiaomi pada Mac yang lalu. Ia dilengkapi port khas USB-C untuk peranti yang dilengkapi kabel yang masih belum mendapat sokongan yang meluas dari semua pengeluar setakat ini. Kepada yang menantikan kemunculannya, Mi Power Bank Pro akan mula dijual di Malaysia bermula 11 November ini pada harga RM 149 sebuah di laman Lazada.

Mi-powerbank-pro-1Powerbank dengan kapasiti 10000 mAh ini turut mempunyai sebuah lagi port USB-A supaya anda masih boleh menggunakannya untuk peranti tanpa USB-C. Sokongan pengecasan pantas membolehkannya mengecas peranti dengan pantas dan dicas semula dalam masa hanya 3.5 jam. Walaupun mempunyai kapasiti bateri yang besar, saiz Mi Powerbank Pro adalah sama dengan saiz Mi Powerbank 5000 mAh sebelum ini.


TIPS & ULASAN