LG Mula Menawarkan Kemaskini Android 7.0 Nougat Untuk LG G5 – Bermula Dari Korea Selatan
LG

LG Mula Menawarkan Kemaskini Android 7.0 Nougat Untuk LG G5 – Bermula Dari Korea Selatan

Diterbitkan pada November 8, 2016 oleh .

Peranti yang menggunakan versi Android terkini, iaitu Android 7.0 Nougat masih dibawah 1%. Salah satu perkara yang menyebabkannya adalah kerana pengeluar peranti jarang menawarkan kemaskini untuk peranti mereka, dan lebih inginkan pengguna membeli telefon pintar baru.

Perkara ini membuatkan ramai pengguna kini mengutamakan kadar sokongan yang disediakan oleh pengeluar, sekaligus menjadikan peranti flagship, serta peranti popular seperti OnePlus menjadi pilihan.

LG G5

Terkini, dalam perlumbaan menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat, LG nampaknya mula mendahului yang lain, dan telah mula menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat untuk LG G5. Walaubagaimanapun, kemaskini ini hanya ditawarkan untuk Korea Selatan buat masa ini, dan dijangka diperluaskan ke negara lain dalam masa terdekat.

LG menyasarkan untuk memperkenalkan kemaskini sama untuk pengguna dinegara lain dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN