Cari @ Amanz

Star Media merupakan nama yang tidak asing lagi untuk pasaran tempatan, dimana mereka terkenal dengan akhbar harian The Star. Terkini, dalam mempelbagaikan penawaran dan pendapatan mereka, Star Media juga turut hadir dengan sebuah perkhidmatan seumpama iFlix dan juga Netflix, dinamakan sebagai Dimsum.

Berbeza dengan iFlix dan Netflix, Dimsum ini dilihat memfokuskan kepada penawaran kandungan dari Asia sahaja – terutamanya dari Jepun, China, Taiwan dan Korea Selatan.

Dimsum

Dimsum mengenakan cas sebanyak RM15 sebulan untuk mengakses perkhidmatan mereka – yang memberikan akses kepada lima peranti pada sesuatu masa.

Daripada percubaan kami sendiri, bilangan kandungan yang ditawarkan adalah masih terhad buat masa ini – tetapi ini dijangka memandangkan ia masih lagi baru, dan memerlukan pelbagai pelaburan untuk menambah kandungan dari hari ke hari. Disamping siri-TV dan filem, mereka juga turut menawarkan kandungan berbentuk berita melalui Dimsum ini.

Dimsum

Bagi anda yang berminat dengan kandungan siri-TV atau filem dari Asia, mungkin boleh menyemak Dimsum hari ini, dan mencubanya sendiri secara percuma selama 30 hari.

Dimsum

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd