Leagoo T1 Plus Dengan Kamera Hadapan 13-Megapixel Kini Di Malaysia – Berharga RM699

Leagoo T1 Plus Dengan Kamera Hadapan 13-Megapixel Kini Di Malaysia – Berharga RM699

Diterbitkan pada November 8, 2016 oleh .

Leagoo merupakan salah satu jenama yang memfokuskan kepada penawaran peranti berspesifikasi rendah-pertengahan pada harga yang kompetitif. Terkini, hari ini mereka telah memperkenalkan Leagoo T1 Plus untuk pasaran tempatan.

Leagoo T1 Plus hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada resolusi HD, dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz, memori sehingga 3GB RAM dan ruangan storan 16GB. Pengguna turut boleh memperluaskan penggunaan dengan kad mikro-SD sehingga 128GB.

Leagoo T1 Plus

Melengkapkan peranti ini adalah penggunaan kamera hadapan dan belakang 13-megapixel. Leagoo dilihat menekankan kepada sokongan selfie yang disertakan pada peranti ini. Ia juga turut hadir dengan sokongan lampu LED hadapan untuk merakamkan gambar selfie dengan jelas.

Pada bahagian perisian, peranti ini menggunakan Android 6.0 Marshmallow, yang turut dilengkapi antaramuka khusus Leagoo.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini daripada para pengedar Leagoo, ataupun melalui atas-talian pada harga RM699.

Leagoo T1 Plus


TIPS & ULASAN