Lenovo Memperkenalkan ThinkPad P40 Yoga Dan ThinkStation P410 Di Malaysia

Lenovo Memperkenalkan ThinkPad P40 Yoga Dan ThinkStation P410 Di Malaysia

Diterbitkan pada November 8, 2016 oleh .

ThinkPad merupakan salah satu jenama dibawah Lenovo yang memfokuskan penawaran kepada pengguna perusahaan dan perniagaan. Terkini, Lenovo Malaysia telah memperkenalkan dua produk dibawah keluarga ThinkPad, iaitu Lenovo ThinkPad P40 Yoga Mobile WorkStation dan juga Lenovo ThinkStation P410 WorkStation.

Menjadi fokus utama pengenalan adalah komputer riba ThinkPad P40 Yoga Mobile Workstation, yang hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7 (generasi ke-6), grafik NVIDIA Quadro Maxwell M500M, memori sehingga 16GB RAM, serta skrin sentuh 14-inci yang menyokong input menggunakan Wacom Active ES.

Lenovo ThinkPad P40 Yoga

Dengan penawaran seumpamanya, Lenovo dilihat memfokuskan komputer riba ini kepada mereka yang terlibat dalam industri kreatif – memudahkan mereka melakar di mana-mana, selain menyelesaikan tugasan dengan mudah. Lenovo turut menekankan yang mana ThinkPad P40 Yoga dilengkapi dengan pensijilan daripada sejumlah perisian, termasuk Autodesk CAD dan CAE.

Dengan penggunaan nama “Yoga”, komputer riba ini turut menyertakan kebolehan untuk menggunakannya dalam beberapa mod, termasuk sebagai sebuah tablet.

Lenovo ThinkStation P410 Workstation pula adalah komputer desktop yang hadir dengan cip Intel Xeon E5-1600, sokongan memori sehingga 128GB RAM, serta penawaran spesifikasi baik yang lain – sesuai untuk mereka yang inginkan komputer berkuasa.

Lenovo ThinkPad P40 Yoga

Lenovo ThinkPad P40 Yoga ditawarkan pada harga RM5999, sementara Lenovo ThinkStation P410 pula ditawarkan pada harga RM4999 di Malaysia. Kedua-duanya sudah boleh didapati di pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN