Cari @ Amanz

Akhir-akhir ini, salah satu aplikasi penuras dan menambah kesan khas pada gambar yang popular adalah Prisma. Melaluinya, ia menggunakan kelebihan pembelajaran mesin dalam memberikan kesan dan stail yang baik terhadap sesuatu gambar yang digunakan – membuatkan ia menjadi salah satu bualan ramai.

Facebook Photos

Terkini, Facebook dilihat menguji fungsi yang lebih kurang sama. Facebook turut menggunakan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan dalam menjayakan sokongan tersebut. Menariknya, ia ditawarkan dalam bentuk masa-nyata, sekaligus membolehkan ia digunakan untuk bukan sahaja gambar dan video, tetapi juga untuk siaran langsung melalui Facebook.

Fungsi ini hadir terbina pada aplikasi Facebook, dan pengguna boleh memilih kesan penuras yang dikehendaki.

Buat masa ini, Facebook mengujinya di Ireland, dan ia dijangka ditawarkan kepada pengguna seluruh dunia secara berperingkat tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd