Carian
Microsoft Memperkenalkan Program Skype Insider – Membolehkan Menguji Fungsi Baru Terlebih Dahulu
November 9, 2016 Aman

Microsoft sedia mempunyai Windows Insider yang membolehkan para pengguna menguji terlebih dahulu fungsi-fungsi baru untuk Windows, dan menawarkan maklumbalas berkaitan dengannya. Kini, mereka turut memperluaskan penawaran sama untuk perkhidmatan Skype.

Skype merupakan perkhidmatan dan aplikasi panggilan suara, video serta permesejan yang telah diambil-alih oleh Microsoft beberapa tahun lepas. Sejak daripadanya, ia telah berkembang dengan pesat dan mengintegrasikan beberapa ciri-ciri menarik.

Dengan adanya Skype Insider, pengguna boleh mendaftar untuk menyertai program ini dan menguji fungsi baru yang akan hadir untuk iOS, Android dan juga Windows.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri untuk menyertai program ini hari ini. Apa pun, hendaklah diambil perhatian yang mana dengan menyertainya, anda akan mencuba perisian yang masih belum stabil – dan mungkin mempunyai beberapa pepijat yang tidak dikenal-pasti lagi.

Komen