Lenovo Dilaporkan Mungkin Menggunakan Jenama Moto Untuk Semua Telefon Pintar Keluaran Mereka

Lenovo Dilaporkan Mungkin Menggunakan Jenama Moto Untuk Semua Telefon Pintar Keluaran Mereka

Diterbitkan pada November 9, 2016 oleh .

Lenovo merupakan nama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan, memandangkan mereka bukan sahaja menawarkan komputer riba, tetapi juga telefon pintar. Lenovo mempunyai sejumlah penawaran telefon pintar dibawah mereka, selain turut telah mengambil-alih bahagian telefon pintar Motorola daripada Google sebelum ini.

Kini, mengikut laporan baru, Lenovo dikatakan mungkin akan menggunakan jenama Moto untuk semua telefon pintar keluaran mereka selepas ini. Desas-desus sama telah kami dengari beberapa kali sebelum ini, malah Lenovo sendiri dilihat telah mengurangkan pengeluaran telefon pintar dibawah jenama Lenovo untuk beberapa bulan ini.

Sekiranya perkara ini benar, maka ia juga turut akan mengukuhkan penjenamaan dan fokus pihak Lenovo. Seperti ramai sedia maklum, jenama Moto lebih dikenali ramai berbanding Lenovo sendiri – terutamanya di negara barat. Pihak Lenovo juga dapat mengurangkan beberapa sumber perbelanjaan secara tidak langsung – termasuk dalam pemasaran dan penjenamaan, selain pembangunan perisian.

Bagi anda, adakah anda akan mengemari penggunaan jenama Lenovo untuk telefon pintar, atau lebih mengemari penggunaan jenama Moto?


TIPS & ULASAN