MakeWordArt – Mengembalikan Nostalgia Membuat WordArt Pada Microsoft Office

MakeWordArt – Mengembalikan Nostalgia Membuat WordArt Pada Microsoft Office

Diterbitkan pada November 9, 2016 oleh .

Beberapa tahun lepas, ketika membuat sebarang folio atau tugasan untuk sekolah mahupun universiti, salah satu perkara yang sering dilakukan kami adalah menggunakan WordArt pada Microsoft Office. Namun, ia tidak lagi disertakan pada versi terkini disebabkan oleh peralihan zaman.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang ingin mengembalikan nostalgia dalam membuat WordArt seperti pada Office dulu, anda boleh mencuba sebuah laman khusus yang dinamakan sebagai MakeWordArt.

MakeWordArt

Melaluinya, anda boleh memilih beberapa corak yang anda gemari, dan seterusnya memasukkan teks yang diperlukan. Laman berkenaan akan menjananya, dan seterusnya anda boleh menyimpan ia pada komputer, atau memilih untuk berkongsi ke laman sosial.

Layari – MakeWordArt


TIPS & ULASAN