Dron GoPro Karma baru sahaja dijual beberapa minggu yang lalu.Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga kesemua stok awal berjaya dijual. Hari ini mereka menarik semula jualan Karma dan meminta pembeli memulangkannya dengan segera. Ini adalah kerana terdapat ramai pengguna melaporkan masalah dron kehilangan kuasa ketika digunakan.
GoPro tidak akan memberikan dron gantian selepas Karma dipulangkan. Sebaliknya pelanggan perlu menanti stok baru selepas GoPro menemui sumber kepada masalah yang melanda dron terkini mereka ini. Tahun 2016 memang bermasalah kepada pengeluar. Demi keselamatan pengguna menarik semula produk adalah langkah paling bijak.