Cari @ Amanz

Singapura telah mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan menamatkan sokongan rangkaian 2G pada April 2017 kelak, dan sebagai persediaan awal untuknya, kad SIM baru yang dijual bermula 15 November kelak tidak lagi akan menyokong rangkaian berkenaan.

Buat masa ini, kad SIM sedia ada di pasaran akan terus menyokong rangkaian 2G, tetapi seperti biasa syarikat telekomunikasi di Singapura mengalakkan pengguna untuk beralih kepada telefon yang menyokong rangkaian 3G atau 4G secepat mungkin.

Sistem 2G diperkenalkan pada tahun 1991. Kelajuan internet maksimum 2G ialah 1 Mbit/s menggunakan sistem EDGE. Singapura bukanlah negara pertama yang menghentikan sokongan 2G. Di Kanada syarikat telekomunikasi EV-DO menghentikan sokongan sejak September 2014. Syarikat lain bercadang menghentikannya seawal hujung tahun ini. Ini turut dilakukan oleh syarikat telekomunikasi di Australia dan juga Amerika Syarikat.

Pada hari ini sendiri, boleh dikatakan kebanyakkan telefon yang dipasarkan mempunyai sokongan 3G, tetapi masih terdapat telefon bimbit yang hanya menyokong rangkaian 2G sahaja. Mungkin dengan permulaan peralihan ini, kita akan dapat melihat peranti 2G mula hilang dari pasaran secara berperingkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd