OnePlus Akan Mengadakan Acara Khas Pada 15 November Ini

OnePlus Akan Mengadakan Acara Khas Pada 15 November Ini

Diterbitkan pada November 9, 2016 oleh .

Nampaknya pelancaran peranti baru dari OnePlus bukan lagi ura-ura tetapi kini bakal menjadi kenyataan. OnePlus mengesahkan acara khas akan diadakan pada 15 November hadapan dengan video teaser semalam. Dari apa yang dipaparkan ia seakan mengesahkan nama peranti yang dilancarkan ialah OnePlus 3T.

Apa yang diketahui setakat ialah ia diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 821 dengan kelajuan 2.35 Ghz. Ini ialah kelajuan yang sama seperti yang digunakan pada Xiaomi Mi Note 2 dan adalah lebih pantas daripada yang digunakan pada Google Pixel (2.15 GHz). Diharap dengan OnePlus 3 kelak ketahanan bateri dapat diperbaiki kerana pada OnePlus 3 ini ialah salah satu kelemahan yang agak nyata.


TIPS & ULASAN