Google Map Maker Akan Ditamatkan – Fungsinya Diintegrasikan Terus Ke Google Maps

Google Map Maker Akan Ditamatkan – Fungsinya Diintegrasikan Terus Ke Google Maps

Diterbitkan pada November 9, 2016 oleh .

Google Map Maker adalah salah satu fungsi yang disediakan oleh Google dalam memudahkan para pengguna untuk membuat penambahan atau penyuntingan pada Google Maps. Perkhidmatan memfokuskan komuniti berkenaan kini diumumkan bakal ditamatkan, dan fungsi penyuntingannya bakal diintegrasikan terus ke Google Maps.

Google turut mengatakan bermula hari ini, penyuntingan di Google Maps, tidak lagi akan ditawarkan untuk pengesahan melalui Map Maker. Kelak, dengan integrasi terus pada Google Maps, ia bakal memudahkan lagi proses penyuntingan dan pengesahan berkenaan – selain memudahkan Google dalam memperkenalkan fungsi baru.

Bersama-sama pengumuman ini juga, Google mengalakkan pengguna untuk menyertai program Local Guides – dan menyumbang pengetahuan dan info berkaitan sesuatu lokasi terus melaluinya.


TIPS & ULASAN