Carian
Konsol Sega Mega Drive Akan Dihasilkan Semula Dalam Jumlah Terhad
November 9, 2016 Effi Saharudin

Ketika dekad 80an terdapat dua kuasa besar di dalam dunia konsol iaitu Sega dan Nintendo. Bagi peminat Sega, konsol Sega Mega Drive (Genesis di pasaran luar Asia) adalah konsol yang paling popular. Ia memperkenalkan pemain kepada permainan klasik Sonic, Rocket Knight Adventure, Bare Knuckle dan Golden Axe. Ia kali pertama dijual pada tahun 1988 dan dihentikan pengeluaran pada tahun 1997.

sega-mega-drive-limited-2

Kepada yang ingin bernostalgia, konsol ini akan dihasilkan semula dalam jumlah terhad. Berita buruk di sini ialah ia hanya akan dijual di Brazil. Tec Toy, pemegang hak pengilangan Mega Drive akan menjual semula konsol ini dengan beberapa fungsi baru seperti sokongan kad SD dan 22 permainan terbina. Katrij permainan lama boleh digunakan semula bersama pengawal permainan asal. Sedikit mengecewakan ialah ia masih menggunakan sambungan komposit dan tiada sokongan untuk HDMI. Harga jualannya ialah R$ 399 (~RM 524).

Komen