Xiaomi Melancarkan Topeng Muka Penapis Udara Cloth Pear Fresh Air
Artikel Berkaitan

Xiaomi Melancarkan Topeng Muka Penapis Udara Cloth Pear Fresh Air

Diterbitkan pada November 9, 2016 oleh .

Pencemaran udara di China memang terkenal di seluruh dunia. Sekiranya anda ke Beijing, bau asap terbakar ialah perkara biasa. Kebarangkalian melihat matahari juga adalah amat rendah. Menyedari masalah ini, Xiaomi melancarkan topeng muka penapis udara Cloth Pear Fresh Air. Topeng muka ini mempunyai tahap penapisan N95 dan menyaring saiz debu PM 2.5.

xiaomi-topeng-muka-1

Sistem penyaring mempunyai kipas dengan tiga tetapan yang mampu berfungsi sehingga 8 jam dengan sekali caj. Empat keping penuras yang boleh digantikan turut disertakan. Harga jualan penapis muka ini ialah RMB 89 (~RM 55) sepasang. Di Malaysia masalah jerebu akan berlaku beberapa kali setahun apabila kebakaran hutan berlaku. Penapis muka seperti ini seharusnya dijual di Malaysia apabila ia kembali melanda bagi mengelakkan masalah pernafasan.


TIPS & ULASAN