Cari @ Amanz

Xiaomi sedia mempunyai pelbagai penawaran aksesori dibawah jenama mereka yang hadir sama ada daripada rakan kerjasama ekosistem, mahupun daripda mereka sendiri. Terkini, lanjutan daripada pengenalan komputer riba Mi Notebook, pihak Xiaomi juga turut telah memperkenalkan sebuah tetikus tanpa-wayar yang dinamakan Mi Mouse.

Xiaomi Mi Mouse

Xiaomi Mi Mouse ini menggunakan rekaan yang ringkas, serta hadir dengan sokongan Bluetooth 4.0 untuk digunakan tanpa wayar. Pengguna boleh menghubungkan ia kepada dua peranti pada waktu yang sama, dan menggunakan bateri AA untuk kuasa.

Dari segi rekaan, kami melihatnya seperti agak kurang selesa pada tangan – tetapi seperti biasa, sukar memberikan kata putus sebelum mencubanya sendiri.

Xiaomi Mi Mouse

Xiaomi Mi Mouse ini dijual di China pada harga 99 Yuan (~RM61). Ia kurang pasti sama ada tetikus ini akan memasuki pasaran Malaysia secara rasminya ataupun tidak kerana Xiaomi tiada perancangan menawarkan Mi Notebook di luar negara China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd