Cari @ Amanz

Concept For Android ialah program ujian yang dilakukan oleh Sony sebelum mengeluarkan kemas kini perisian secara menyeluruh. Ia pertama kali diberikan kepada pengguna Xperia Z3 terpilih beberapa tahun lalu. Program ini kini boleh disertai oleh pemilik Xperia X di Eropah dengan model bernombor F5121.

sony-concept-for-android

Pengguna dengan model peranti ini boleh memuat turun aplikasi Concept Installer di Google Play Store. Mereka kemudian boleh memuat turun kemas kini Android Nougat dengan beberapa penambahan oleh Sony. Melalui program ini Sony akan mengumpul maklum balas pengguna sebelum kemas kini sebenar diberikan kepada kesemua pengguna. Buat masa ini Sony masih belum mengeluarkan senarai lengkap peranti yang akan menerima Nougat. Senarai yang tertiris hanya menunjukkan XZ, X, X Compact, X Performance, XA, XA Ultra, Z5, Z3+ dan Z4 Tablet akan menerimanya.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd