Google Mahu Pengeluar Android Menggunakan Sistem Pengecasan Dan Multi Window Yang Seragam

Google Mahu Pengeluar Android Menggunakan Sistem Pengecasan Dan Multi Window Yang Seragam

Diterbitkan pada November 9, 2016 oleh .

Google mengeluarkan dokumen Android Compatibility Definition terkini mereka untuk Android 7.0. Di dalam dokumen sepanjang 85 muka surat ini, mereka memberikan beberapa saranan kepada pengeluar yang menggunakan sistem operasi mereka. Antara saranan yang diberikan ialah menggalakkan mereka menggunakan satu sistem pengecasan USB-C dan Multi Window yang seragam.

nougat-multi-window-1

Pengeluar peranti sekarang menggunakan pelbagai format pengecasan dengan nama berbeza. QuickCharge, Pump Express, VOOC, TurboPower, Adaptive Fash Charging dan Dash Charge adalah antara format yang digunakan sekarang. Google mahukan hanya satu format pengecasan digunakan bagi mengurangkan kekeliruan di kalangan pengguna.

Mereka juga menegaskan bermula dengan Android 7.0, implementasi fungsi Multi Window hanya boleh menggunakan sistem natif AOSP. Setakat ini hanya LG V20 dan Huawei Mate 9 menggunakan sistem Multi Window seragam ini. Samsung nampaknya perlu mengubah sistem yang dipopularkan oleh mereka pada peranti akan datang. Apakah pendapat anda? Adakah penggunaan satu sistem yang seragam tindakan yang perlu dilakukan atau menghadkan fungsi tambahan yang boleh disertakan pada peranti?


TIPS & ULASAN