Cari @ Amanz

Jenama ViewSonic boleh dikatakan antara jenama yang sedia dikenali atas kehadiran produk yang memfokuskan kepada paparan dan visual. Mereka pada sebelum ini telah hadir dengan pelbagai jenis produk produk seperti monitor, projektor, termasuk papan iklan interaktif. Hari ini mereka telah memperluaskan produk monitor mereka melalui perkenalan 7 model baru di bawah siri ViewSonic SuperClear IPS — yang membawakan rekaan menarik dan kontemporari untuk kegunaan harian.

Dua model pertama yang mereka ketengahkan adalah di bawah VA19 series yang membawakan monitor 1080p kelas permulaan dengan rekaan moden dan minimalis. Ia membawakan rekaan bingkai yang nipis iaitu senipis 6.4mm bagi memudahkan pemasangan multi-monitor. VA2419-SH iaitu model 24-inci telah ditawarkan pada harga RM499 sementara model VA2719-SH dengan saiz paparan 27-inci telah dipasarkan pada harga RM799.

viewsonic-img_3425

Selain siri VA19, dua model seterusnya adalah monitor 1080p di bawah siri VX76 yang menawarkan rekaan lebih menarik melalui kehadiran sokongan bahagian bawah monitor yang berbentuk segi tiga. Ia turut menampilkan bezel yang nipis selain menampilkan ruang kerja anda kelihatan lebih moden. Berbeza dengan siri VA19, kedua-dua model di bawah siri VX76 menawarkan pembesar suara terbina yang lebih dilihat ideal untuk penggunaan multimedia. Model VX2476 iaitu monitor dengan saiz 24-inci ditawarkan pada harga RM699 manakala VX2776 telah dijual pada harga RM999.

viewsonic-img_3468

Bagi yang ingin mendapatkan skrin dengan resolusi 2K, ViewSonic turut menawarkan VX3209-2K untuk paparan yang lebih tajam. Ia memmbawakan bezel berwarna putih senipis 8.9mm dengan sokongan bahagian bawah monitor berbentuk T yang kelihatan amat unik dari segi rekaannya. Monitor 32-inci dengan keupayaan 2K ini telah sedia dijual pada harga RM1,199.

viewsonic-img_3426

Ketiga-tiga model di atas turut menyokong beberapa teknologi ViewSonic terkini seperti Flicker-Free dan Blue Light Fiter dalam mengurangkan masalah kelesuan mata ketika melihat paparan ini dalam jangka masa yang lama. Bagi siri VA19 dan VX3209, kedua-dua siri ini turut hadir dengan VESA mount bagi memudahkan pemasangan monitor pada dinding ruang kerja anda.

ViewSonic XG2703-GS pula menawarkan paparan SuperClear IPS 27-inci dengan resolusi 2560×1440 QHD — sebuah paparan yang amat disyorkan untuk kegunaan permainan. Ia menawarkan teknologi Nvidia G-Sync yang menawarkan penyelarasan paparan output frame rate yang selari antara kad grafik dan paparan yang menyokong Nvidia G-Sync. Ia juga menampilkan Nvidia Ultra-Low Motion Blur (ULMB) untuk memberi paparan yang lancar, keperincian grafik yang tajam selain mengurangkan masalah motion blur dan ghosting. Paparan yang dijual pada harga RM3,299 ini juga turut menampilkan refresh rate sekitar 165Hz dan response time sekitar 4ms dalam memberikan grafik permainan yang pantas.

viewsonic-img_3471

Model akhir yang diperkenalkan pada hari ini ialah monitor profesional 24-inci VP2468 yang membawakan kadar ketepatan warna yang tinggi terutama penggunaan fotografi. Ia membawakan bezel yang sangat nipis — termasuk pada bahagian bawah monitor ini. Menariknya monitor yang ditawarkan pada harga RM1,299 ini turut hadir dengan fungsi auto pivot bagi membolehkan paparan memaparkan kandungan dalam keadaan menegak apabila posisi monitor ini ditegakkan.

viewsonic-img_3428

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan monitor daripada ViewSonic ini, anda boleh dapatkannya melalui pengedar rasmi ViewSonic atau melalui jualan atas-talian di 11street dan Lazada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd