Cari @ Amanz

Facebook Messenger merupakan salah satu platform permesejan popular yang digunakan ramai di seluruh dunia, dan sebagai sebuah syarikat, semestinya Facebook ingin menjana pendapatan melaluinya. Untuk tujuan berkenaan, hari ini Facebook telah mula memperkenalkan kebolehan mengiklan melaluinya.

Kini, syarikat atau jenama boleh menghantar mesej kepada pengguna melalui Facebook Messenger. Ia berfungsi dengan syarikat atau jenama berkenaan perlu mempunyai perbualan sedia ada dengan seseorang pengguna berkenaan. Sekiranya ada, maka syarikat atau jenama berkenaan boleh memilih untuk menghantar mesej beriklan.

Namun, kaedah pembayarannya adalah sedikit berbeza, dimana pengiklan akan dikenakan bayaran walaupun mesej berkenaan tidak dibuka dan dibaca oleh seseorang pengguna. Facebook mengehadkan untuk pengiklanan berbentuk mesej ini hanya kepada satu pautan dan satu gambar sahaja – setiap kali sesuatu mesej berbayar dihantar oleh jenama atau syarikat.

Memandangkan kini Facebook sedia digunakan oleh pelbagai jenama sebagai platform khidmat pelanggan – maka ia akan memudahkan lagi jenama-jenama ini untuk menyasarkan iklan kepada pengguna atau bakal pengguna mereka dengan lebih efektif. Apatah lagi kerana Facebook hanya terhadkan iklan bermesej ini dituju kepada pengguna yang pernah berhubung dengan jenama atau syarikat yang ingin menghantar iklan berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd