Cari @ Amanz

Kamera kompak Leica TL dilancarkan dan merupakan kemas kini kepada Leica T yang dilancarkan dua tahun yang lalu. Dengan TL, Leica menjanjikan sistem pemfokusan yang diperbaiki bagi memudahkan lagi penggunaan. Kamera ini dilengkapi sensor 16.5-Megapixel APS-C dan tubuh yang diperbuat sepenuhnya dari sebongkah aluminium.

leica-tl-1 Terdapat sebuah skrin sesentuh 3.7″ LCD dan sistem pemindahan gambar secara tanpa wayar yang menyokong Android dan iOS. Storan adalah sebesar 32 Gigabyte dengan sokongan kad SD, SDHC dan SDXC. Leica TL turut boleh menggunakan lensa untuk kamera siri Leica SL, M dan R menggunakan penyesuai. Rakaman video pula terhad kepada 1080P 30 FPS. Kamera ini dijual pada harga bermula $1700 (~RM 7201)  tanpa lensa dan $3200 (~RM 13555) dengan lensa.

leica-tl-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd