Maklumat Mengenai Peranti Konsep Dell Stack Kini Diketahui

Maklumat Mengenai Peranti Konsep Dell Stack Kini Diketahui

Diterbitkan pada November 9, 2016 oleh .

Minggu lalu kami melaporkan gambar peranti yang dikatakan adalah Surface Phone. Namun anggapan kami salah dan ia sebenarnya peranti konsep yang dihasilkan oleh Dell. Kini nama peranti ini diketahui dan ia adalah Dell Stack.  Projek ini dimulakan pada tahun 2014 untuk menghasilkan sebuah tablet dengan skrin sebesar 6.4″ yang mampu berubah menjadi sebuah komputer desktop.

microsoft-surface-phone-render-1

Pemproses X86 Intel Kaby Lake dipadankan dengan RAM 4/8 Gigabyte dengan storan SSD 128/256 Gigabyte. Kamera hadapan mempunyai sensor sebesar 5 ataupun 8 Megapixel. Pada versi premium sistem imbasan mata Windows Hello dilaporkan akan disokong. Dengan sistem operasi Windows 10 Mobile, tablet ini dengan mudah berubah menjadi sebuah komputer desktop dengan menggunakan fungsi Continuum. Dell mensasarkan ketebalan sekitar 7 mm untuk Stack bagi membuatkannya setanding dengan tablet lain di pasaran. Pada awalnya projek ini mensasarkan penjualan pada tahun 2017 tetapi status projek ini kini tidak diketahui.

Dari komen yang ditinggalkan pada laporan asal, sebahagian besar pembaca Amanz agak teruja dengan rekaan Dell Stack. Persoalannya masih wujudkah pasaran untuk tablet Windows 10 Mobile dan sekiranya ia dihasilkan adakah anda berminat untuk memilikinya?


TIPS & ULASAN