(Ura-Ura) Huawei Dikatakan Mungkin Hadir Dengan Peranti Dengan Bezel Nipis Seumpama Mi Mix

(Ura-Ura) Huawei Dikatakan Mungkin Hadir Dengan Peranti Dengan Bezel Nipis Seumpama Mi Mix

Diterbitkan pada November 9, 2016 oleh .

Xiaomi telah memperkenalkan “peranti konsep” mereka beberapa minggu lepas, dinamakan Mi Mix – yang mana hadir dengan rekaan bingkai tepi skrin (bezel) yang sangat nipis, sekaligus menjadikan peranti tersebut kelihatan agak menarik di mata pengguna. Kini, selain Xiaomi, desas-desus baru mengatakan Huawei bakal turut hadir dengan peranti yang lebih kurang sama.

Daripada apa yang kedengaran, ia dikatakan Huawei mungkin menggunakan rekaan melengkung pada bahagian tepi – pada empat-empat arah, menjadikan ia hadir dengan rekaan seumpamanya.

Huawei dikatakan mungkin menggunakan penjenamaan baru untuk peranti berkenaan kelak.

Buat masa ini, perkara ini masih tidak disahkan sepenuhnya, dan masih pada kategori ura-ura. Namun, dengan perkembangan pesat arena telefon pintar, tidak mustahil untuk kita melihat Huawei bereksperimen dengannya – apatah lagi dengan sasaran mereka menjadi pengeluar kedua terbesar dalam beberapa tahun akan datang.


TIPS & ULASAN