Red Alert 2 Versi HTC Vive Dihasilkan – Memerintah Dan Menakluk Dalam Realiti Maya
Artikel Berkaitan

Red Alert 2 Versi HTC Vive Dihasilkan – Memerintah Dan Menakluk Dalam Realiti Maya

Diterbitkan pada November 10, 2016 oleh .

Command and Conquer Red Alert 2 ialah permainan yang mencapai tahap kultus di kalangan peminat genre RTS. Gabungan FMV yang setaraf filem murahan dan corak permainan menarik membuatkannya menjadi permainan yang boleh dimainkan berkali-kali. Siri Command and Conquer sudah lama mendiamkan diri. Kepada peminat Red Alert 2, versi VR permainan ini sudah dihasilkan dan boleh dimainkan menggunakan HTC Vive.

Demo ini dihasilkan oleh Adam Horvath untuk menguji kesesuaian VR dengan genre RTS. Perbezaan pertama ialah sistem kawalan pembinaan kini terapung dan tidak lagi melekat pada sisi kanan skrin. Pemain bebas bergerak dan melihat peta dari pelbagai sudut. Sebuah konsep yang menarik tetapi tidak terasa seperti sebuah permainan Red Alert. Tetapi bagi mengikut perkembangan semasa perubahan drastik perlu dilakukan. Kami hanya berharap jika EA menghasilkan sebuah lagi permainan Command and Conquer, mereka mengekalkan penggunaan video yang menggunakan pelakon sebenar untuk menyampaikan cerita. Akhir sekali hidup Kane!


TIPS & ULASAN