PlayStation 4 Pro Kini Mula Dijual Di Malaysia – RM1799 Untuk 1TB Dan Sokongan 4K

PlayStation 4 Pro Kini Mula Dijual Di Malaysia – RM1799 Untuk 1TB Dan Sokongan 4K

Diterbitkan pada November 10, 2016 oleh .

Sony telah memperkenalkan PlayStation 4 Pro pada awal bulan September lepas, dan menjanjikan ia bakal hadir ke pasaran tempatan. Kini, pihak Sony Malaysia telah mengemaskini laman jualan mereka dan mula menawarkannya untuk pengguna di Malaysia.

PlayStation 4

Menjadi fokus utama pada PlayStation 4 Pro adalah sokongan memainkan permainan pada resolusi 4K dan juga HDR. Untuknya, Sony mengintegrasikan sokongan grafik dan pemprosesan yang lebih tinggi berbanding dengan PlayStation 4 biasa.

Di Malaysia, ia hadir dengan storan 1TB dan dijual pada harga RM1799. Untuk makluman, permainan yang ditawarkan pada konsol PS4 biasa dan PS4 Pro adalah sama dan hanya perbezaan dari segi resolusi sahaja.

Baca – 4 Alasan Untuk Memiliki PS4 Pro


TIPS & ULASAN