WhatsApp Menambah Sokongan Pengesahan Dwi-Faktor

WhatsApp Menambah Sokongan Pengesahan Dwi-Faktor

Diterbitkan pada November 10, 2016 oleh .

WhatsApp Messenger agak aktif menambah sejumlah fungsi baru pada perkhidmatan mereka akhir-akhir ini. Terkini, melalui WhatsApp Beta untuk Android, pihak WhatsApp telah mula menambah sebuah fungsi baru, iaitu sokongan pengesahan dwi-faktor.

Melaluinya, pengguna akan diminta memasukkan kata laluan untuk akaun WhatsApp mereka, dan turut menambah emel untuk menerima kata laluan baru sekiranya ia hilang.

Dengan mengaktifkan sokongan pengesahan dwi-faktor ini, ia menambah sekuriti dan keselamatan kepada akaun anda. Sebarang percubaan untuk pengesahan nombor telefon anda di WhatsApp menggunakan peranti lain akan diperlukan untuk hadir dengan angka enam digit yang ditetapkan, atau menetapkannya semula melalui emel.

WhatsApp Dwi-Faktor

WhatsApp Dwi-Faktor

WhatsApp Dwi-Faktor

WhatsApp mengatakan sekiranya ia diaktifkan, nombor telefon anda tidak boleh disahkan untuk tempoh 7 hari sejak kali terakhir menggunakan WhatsApp. Selepas tempoh tersebut, nombor telefon anda akan boleh digunakan di WhatsApp tanpa kata laluan berkenaan – tetapi semua mesej yang belum dibaca akan dipadam.

WhatsApp juga akan sering kali secara rawak meminta anda memasukkan kata laluan anda sebaik sahaja pengesahan dwi-faktor ini diaktifkan – bagi tujuan sekuriti tambahan.

Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu membuka aplikasi WhatsApp, pergi ke Settings > Account > Two-step verification > Enable. Fungsi ini diperkenalkan secara berperingkat – bermula daripada versi beta untuk Android hari ini.


TIPS & ULASAN