Jualan Macbook Pro Baru Memintas Jualan Komputer Riba Windows Dalam Masa Hanya Lima Hari

Jualan Macbook Pro Baru Memintas Jualan Komputer Riba Windows Dalam Masa Hanya Lima Hari

Diterbitkan pada November 10, 2016 oleh .

MacBook Pro baru yang diperlihatkan oleh Apple bulan lalu adakah kemas kini pertama dalam masa empat tahun. Model baru MacBook Pro kini hanya menyokong USB-C dan sistem TouchBar pada model-model tertentu. Sambutan ke atas MacBook Pro ini adalah amat luar biasa kerana pengguna yang tidak sabar untuk menggunakan komputer dengan spesifikasi yang terkini. Menurut Slice Intelligence, jualan MacBook Pro baru sudah mencecah 78% jualan kesemua MacBook 12″ 2015 sejak April 2015 dalam masa hanya lima hari.

macbook-pro-2016-jualan

Lebih mengejutkan jualan selama lima hari ini dengan mudah memintas jumlah jualan kesemua komputer riba premium yang menggunakan Windows seperti Surface Book dan Lenovo Yoga 900.  Pengenalan MacBook Pro baru ini juga berjaya menarik semula pengguna Mac yang berpindah ke Windows. Dianggarkan 40% pengguna MacBook Pro berpindah ke WIndows sejak 2014 kerana mencari komputer riba yang lebih berkuasa untuk kegunaan harian.


TIPS & ULASAN