CIMB Akan Hadir Dengan CIMB EVA Pada Disember – Pembantu Maya Untuk Urusan Perbankan

CIMB Akan Hadir Dengan CIMB EVA Pada Disember – Pembantu Maya Untuk Urusan Perbankan

Diterbitkan pada November 10, 2016 oleh .

Aplikasi berbentuk bantuan maya dan juga bot semakin popular dari hari ke hari, dan hari ini CIMB telah mengumumkan pengenalan CIMB EVA (Enhanced Virtual Assistant). Aplikasi ini akan ditawarkan untuk pengguna peranti Android dan iPhone sekitar bulan Disember 2016 ini.

Melalui CIMB EVA, ia akan menawarkan kemudahan permesejan dua hala antara pengguna dan juga bank – dimana pengguna boleh membuat semakan baki akaun, membayar bil, membuat tambah-nilai, dan beberapa perkara lain. CIMB mengatakan ia hadir dengan sokongan sekuriti yang sangat tinggi, selain pada masa akan datang mereka turut akan menyertakan sokongan pemindahan dana dan sebagainya.

CIMB tidak melabelkan ia sebagai bot, tetapi menekankan kelak mereka akan mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan dalam menafsir perbualan. Ia akan menjadi salah satu perkara menarik sekiranya kecerdasan buatan mereka turut menawarkan sokongan dalam bahasa Malaysia.

Kita mungkin akan dapat mencuba sendiri aplikasi CIMB EVA ini dalam masa lebih kurang sebulan lagi.


TIPS & ULASAN