Cari @ Amanz

Affinity Photo merupakan salah satu perisian penyuntingan gambar popular yang ditawarkan khusus untuk Mac sebelum ini. Kini, selepas berjaya mencuri hati para pengguna Mac, pembangunnya turut telah mula menawarkan perisian berkenaan dalam bentuk beta untuk pengguna Windows.

Sekiranya anda dalam arena penyuntingan gambar, mungkin pernah mendengar mengenai perisian ini. Ia sedia menerima maklumbalas positif daripada para penyunting gambar, jurugambar, artis dan sebagainya dari seluruh dunia.

Affinity Photo

Pengguna boleh membuat penyuntingan dan penambah-baikkan pada gambar menggunakan perisian ini. Ia juga turut hadir dengan sokongan penyuntingan imej 360-darjah, selain sokongan seperti Tone Mapping, Macros dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba perisian Affinity Photo ini hari ini. Ia ditawarkan secara percuma untuk fasa beta ini, dan versi akhir kelak akan dijual oleh pembangunnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd