Kerajaan Singapura Akan Menggunakan Facebook Workplace Untuk Kolaborasi Dan Komunikasi

Kerajaan Singapura Akan Menggunakan Facebook Workplace Untuk Kolaborasi Dan Komunikasi

Diterbitkan pada November 11, 2016 oleh .

Facebook telah sedia memperkenalkan Facebook Workplace beberapa minggu lepas, iaitu salah satu perkhidmatan kolaborasi dan komunikasi tertutup untuk digunakan oleh perusahaan dan organisasi. Terkini, kerajaan Singapura mengumumkan mereka akan menggunakan perkhidmatan tersebut bermula Mac 2017 kelak.

Facebook Workplace

Sebagai fasa pertama, beberapa agensi telah sedia menggunakannya, dan keseluruhan kerajaan Singapura akan menggunakan ia menjelang Mac 2017 kelak. Penggunaan Workplace untuk berkongsi pengumuman dan info dikatakan mengurangkan kadar emel dalam sesuatu organisasi – sekaligus menjadikan operasi lebih efisyen lagi.

Sebelum ini, kerajaan Singapura menggunakan sistem yang dibangunkan khusus sejak 2013 lepas, namun ia tidak begitu berjaya – apatah lagi tidak mesra telefon pintar, dan mungkin antaramukanya tidak mesra atau sukar untuk sejumlah pengguna.

Memandangkan Facebook Workplace hadir dengan antaramuka sama seperti Facebook yang sedia digunakan ramai, maka masalah berkenaan tidak akan dihadapi.


TIPS & ULASAN