Instagram Mengesahkan Bakal Memperkenalkan Fungsi Siaran Langsung

Instagram Mengesahkan Bakal Memperkenalkan Fungsi Siaran Langsung

Diterbitkan pada November 11, 2016 oleh .

Kevin Systrom, CEO Instagram hari ini melalui temuramah bersama pihak Financial Times mengesahkan mereka bakal memperkenalkan sokongan siaran langsung pada aplikasi popular mereka. Pengesahan daripada Instagram ini hadir selepas fungsi tersebut tertiris sebelum ini.

Instagram sedia memfokuskan kepada sokongan perkongsian video sejak setahun yang lepas, dimana mereka telah memperkenalkan sokongan perkongsian video dan juga kebolehan membuat Instagram Stories yang hilang selepas 24 jam.

Dengan pengenalan perkongsian siaran langsung, ia akan memudahkan lagi pengguna Instagram berkongsi sesuatu perkara pada masa-nyata, dan turut menjawab dan berinteraksi dengan pengguna dan rakan-rakan lain – lebih kurang seperti Facebook Live.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan fungsi ini. Tetapi dengan perkongsian secara terbuka daripada CEO Instagram ini, kita mungkin akan dapat melihat ia akan hadir tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN